WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
FORUMISLAMTD23
MELAKA, 12 Oktober 2023 - Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan isteri, Datin Hartiah binti Hamzah telah hadir menyempurnakan Forum Perdana peringkat Tentera Darat di Dewan Ramli, Kem Sungai Udang hari ini.
 
Forum yang bertajuk “Kepimpinan Rasullullah: Teras Kekuatan Warga Tentera Darat yang disampaikan ini membicarakan kepimpinan Rasullullah dalam bidang ketenteraan di mana baginda telah mewujudkan satu piagam atau peraturan bertulis yang dipatuhi oleh baginda sendiri dan berkehendakkan orang lain juga mengikutinya. Begitu juga dengan tentera di mana mempunyai peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi dan mempunyai identiti yang berbeza dengan orang lain.
 
Forum ini juga disiarkan menerusi Facebook Tentera Darat yang menyaksikan ahli panel yang terdiri daripada Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Prof. Dr. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid bergandingan dengan Pendakwah Bebas, Ustazah Isfadiah binti Mohd Dasuki. Manakala Moderator forum merupakan Pegawai Agama 91 DPOD, Mejar Dr Hj Muhammad Syukri Hj Zahari Al-hafiz. Penganjuran forum ini turut mendapat kerjasama daripada Bank Muamalat.
 
Turut hadir adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri dan isteri, Datin Rosilawati binti Ahmad Tajri; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi dan isteri, Datin Erni Irawati binti Rosli; Panglima-Panglima Formasi dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.