WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
SMRTD9 2
KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2023 - Cawangan Sumber Manusia, TDM telah menganjurkan Lembaga Pemilihan Calon Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD) Ke-9 yang dipengerusikan oleh Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan bin Atan di Markas Tentera Darat, semalam.Lembaga ini bertujuan menilai calon-calon yang bersesuaian bagi menggantikan PW I Pauzi bin Mohd Ali, SMR TD Ke-8 yang bakal menamatkan Perkhidmatan seusia 53 tahun pada akhir bulan ini.
 
Antara yang terpilih, seramai empat Pegawai Waran telah menjalani sesi temuduga. Mereka adalah SMR Istiadat, SMR MK PMBTD, SMR PUSASDA dan SMR Infantri.
Secara basisnya, kriteria pemilihan bagi SMR TD ini adalah berdasarkan kepada pengalaman, kredibiliti, pencapaian tertinggi semasa berkhidmat serta kesesuaian perjawatan, personaliti dan keterampilan.
 
Pemilihan yang teliti ini adalah penting bagi memastikan tahap kompetensi calon sentiasa berada pada tahap optimum. Semasa pemilihan ini juga, calon-calon perlu menjalani sesi tapisan awal melibatkan Ujian Kecergasan Asas (UKA), Ujian Personaliti dan Ujian Australian Defence Force English Language Profiling System (ADFELPS).
 
Antara mereka, hanya seorang sahaja yang akan berjaya dan bakal menggantikan PW 1 Pauzi bin Mohd Ali serta dilantik sebagai SMR TD Ke-9.
 
Hadir sama adalah Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norsham bin Md Tap; Panglima 12 Briged, Brig Jen Sani bin S Omar; Pengarah Sumber Manusia, Pengarah Sekretariat Tentera Darat dan Timbalan Pengarah Infantri.