WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KERABAT KELANTAN
 
KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan menerima Kunjungan Hormat daripada Kerabat Diraja Kelantan YB Mulia Dato’ Tengku Rozanna Petri binti Tengku Mohammad Nasrun, Pegawai Istiadat Diraja Kelantan, Mejar Jeneral Dato’ Hj Mohhd Zulkipli bin Mohd Zahir (Bersara) dan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Brigedier Jeneral Dato’ Perwira Raja Dato’ Hj Nik Mohd Shafriman bin Hj Nik Hassan di Pejabat PTD Wisma Pertahanan hari ini.
 
Kunjungan Hormat ini bertujuan untuk bertukar buah fikiran dan pandangan serta menjalin hubungan baik pihak istana dan TDM.