WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MTAT23 2
KAJANG, 9 Oktober 2023 – Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Pra Kursus Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Pra Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) di Dewan Serbaguna Rejimen Ke-31 Artileri Diraja (31 RAD), Kem Tun Ibrahim, Kajang hari ini.
 
Seramai 37 Pegawai Kanan TD bagi Kursus Pra MPAT dan 81 pegawai bagi Kursus Pra KPSM terlibat dan kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk mempersiapkan semua calon kursus bagi menghadapi kursus sebenar pada tahun hadapan.
 
Matlamat kursus antara lainnya juga ialah untuk mempersiapkan dan memastikan semua calon pegawai Tentera Darat (TD) bersedia dari segi mental, fizikal dan semua aspek terutamanya dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan mampu mengambil bahagian dalam perbincangan serta memberikan pandangan bersama-sama penuntut dari lain-lain perkhidmatan, agensi mahupun penuntut dari luar negara.
 
TPTD dalam ucapannya menekankan kepada semua calon agar mengambil peluang sebaiknya melalui kursus ini untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dan dalam masa yang sama mengutamakan kecergasan fizikal. Beliau turut berharap agar calon penuntut dari TD mampu berdaya saing dan cemerlang serta kembali menyumbang kepada organisasi kelak.
 
Selamat Maju Jaya kepada semua calon Kursus Pra MPAT dan KPSM dan semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan kesemua calon yang terlibat.
 
Hadir sama ke majlis adalah Mejar Jeneral Dato’ Norsham Bin Md Tap; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Brigedier Jeneral Khairul Izan Bin Muhammad Suffian, Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara, Laksamana Pertama Badarudin Bin Taha; Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dan Brigedier Jeneral Zamsari Bin Abu Hassan; Komandan Maktab Turus Angkatan Tentera.