WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
TATU2023TERENGGANU, 6 Oktober 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah bercemar duli berangkat ke upacara Persembahan TATU Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Jubli Perak Ke-25 Tahun Pemerintahan baginda di Stadium Nasiruddin Shah, semalam.
 
Ketibaan KDYMM Sultan Terengganu telah disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, pegawai-pegawai kanan Tentera Darat (TD) serta Dif-Dif Kehormat Negeri Terengganu.
Persembahan TATU kali ini telah membawakan variasi pertunjukkan aksi-aksi kemahiran dan kepakaran TD secara berkumpulan serta seragam oleh anggota-anggota TD yang melibatkan pancaragam, kawad senyap, tarian perang, kemahiran Tempur Tanpa Senjata, kemahiran menunggang kuda dan persembahan drumline.
 
Pada malam ini dianggarkan lebih 40,000 pengunjung Terengganu telah hadir mebanjiri Stadium Nasiruddin Shah di luar dan dalam stadium.
 
Acara ini turut mempamerkan persembahan pasukan elit dari 10 Bgd Para dan Komando serta aset - aset Tentera Darat termasuk Anjing Perang dan kemahiran Army Red Warrior iaitu Tim Akrobatik Motosikal Tentera Darat yang mempamerkan pelbagai aksi-aksi stunt menarik dan kecekapan menunggang motosikal.
 
Dalam masa yang sama turut diadakan Pameran aset dan Promosi Tentera Darat yang akan berakhir pada hari ini.
 
Turut hadir ke upacara ini adalah Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan, Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Azhan bin Md Othman.