WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PTDGAPU2
JOHOR, 6 Oktober 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah hadir menyaksikan tembakan persenjataan Artileri Pertahanan Udara dan Tembakan Pertahanan Udara daripada aset-aset tempur Tentera Darat bersempena Eksesais Panah Jaguh Tahun 2023 di Lapang Sasar Bumi ke Udara, Tg Logok, Kota Tinggi Johor.
 
Segmen dinamik yang merupakan simulasi serangan udara terhadap aset-aset taktikal ATM serta tindakan bagi menghindar serangan udara musuh dengaN menggunakan aset Tentera Darat telah dipertontonkan dengan menggunakan pesawat kawalan jauh sebagai sasaran.
 
Brigedier Jeneral Khairul Izan Bin Muhammad Suffian, Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara dalam taklimatnya menerangkan eksesais ini diadakan secara berperingkat bermula 24 September 2023 dan merupakan latihan tembakan tahunan Sistem Pertahanan Artileri Pertahanan Udara bagi menguji tahap kesiagaan pasukan-pasukan Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) dengan melaksanakan tembakan Meriam 35mm Oerlikon dan Misil Starstreak dengan turut dibantu oleh elemen-elemen daripada TLDM, TUDM, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi awam.
 
Turut hadir ke acara adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain (TLDM), Ketua Staf Markas Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan, Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mejar Jeneral Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.
 
PTDGAPU4