WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTD GABENOR SWITZERLAND
KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menghadiri Istiadat Sambutan Negara sempena Lawatan Negara Gabenor Jeneral New Zealand, Puan Yang Terutama (PYT) Dame Cindy Kiro dan pasangan, Tuan Yang Terutama (TYT) Dr Richard Davies di Istana Negara hari ini.
 
Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara sejak menjawat jawatan Gabenor Jeneral New Zealand pada 21 Oktober 2021.
 
Turut hadir ke acara adalah YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, serta menteri-menteri kabinet.