WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Graduasi2023PTD
KUALA LUMPUR, 24 September 2023 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan isteri, Datin Hartiah binti Hamzah telah menghadiri Majlis Makan Tengah Hari sempena Induksi Graduan Kursus U.S. Army Command and General Staff College (USACGSC) Fort Leavenworth, di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur, hari ini.
 
Majlis ini adalah merupakan program tahunan yang diadakan bagi meraikan Pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang dari USACGSC Fort Leavenworth. Pada kali ini, pegawai yang diraikan adalah merupakan Graduan TDM Ke-79 iaitu Mejar Syed Helmy Sufty bin Syed Yunus setelah menamatkan pengajian pada 9 Jun 2023.
 
Majlis ini juga telah diadakan untuk meraikan Jeneral Datuk Hafizuddeain bin Jantan merupakan graduan yang keempat menyandang jawatan PTD Ke-30. Kali terakhir graduan USACGSC menyandang jawatan PTD ialah Jeneral Tan Sri Mohd Shahrom bin Nordin (Bersara) , PTD Ke-21 pada tahun 2003, 20 tahun yang lalu. Turut diraikan adalah Lt Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, TPTD dan Mej Jen Datuk Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima 10 Briged, di atas kenaikan pangkat/jawatan mereka, baru-baru ini.
 
Mencatat sejarah, seramai 80 orang pegawai telah dihantar untuk mengikuti pengajian di Fort Leavenworth dari tahun 1968 sehingga 2023. Pelajar pertama adalah Lt Kol Izaidin bin M. R. Samsoodeen (Bersara) (Kelas 1968/1969). Kemudiannya, pada tahun 1970, graduan dari Malaysia, Kol Dato’ Cheng Wah (Bersara) (Kelas 1969/1970) telah menerima Eishenhower Award yang merupakan graduan antarabangsa terbaik tahun 1970.
 
Turut hadir dari kalangan mereka yang masih berkhidmat adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim (Kelas 2003/2004); Panglima 10 Briged, Mej Jen Datuk Khairul Azmizal bin Ahmad Natal (Kelas 2006/2007); Panglima 11 Briged, Brig Jen Shahir Hafizul bin Abd Rahman (Kelas 2011/2012); dan Ketua Jurutera Markas Tentera Darat, Brig Jen Sharuddin bin Mohd Noh (Kelas 2005/2006) dan 12 orang graduan lain bersama para isteri mereka.
 
Turut hadir majlis dari kalangan mereka yang telah bersara adalah Jeneral Tan Sri Mohd Shahrom bin Nordin (Bersara) (Kelas 1979/1980), mantan PTD (2003); Lt Jen Datuk Seri Azizan bin Md Delin (Bersara) (Kelas 1993/1994), Kol Datuk Cheng Wah (Bersara) (Kelas 1969/1970) dan lapan orang graduan bersara lain bersama para isteri mereka.