WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 pm197 2
 
NEGERI SEMBILAN, 23 September 2023 : Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mengiringi Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan dalam menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 197/23 dan Wanita Siri 48/23 yang berlangsung di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, hari ini.
 
Seramai 1013 Perajurit Muda yang terdiri daripada 661 lelaki dan 352 wanita telah berjaya mengharungi Latihan Asas Ketenteraan di PUSASDA selama 6 bulan yang bermula sejak 27 Mac - 23 September 2023.
 
Kesemua Perajurit Muda ini telah menjalani Latihan Asas Ketenteraan meliputi aspek pembinaan karakter, pengetahuan am ketenteraan, pengendalian senjata, latihan jasmani dan kemahiran perang. Selain itu, mereka turut diberikan pendedahan di dalam aspek pengukuhan kerohanian dan moral.
 
​Perbarisan pada kali ini menyaksikan seramai 10 Perajurit Muda menerima Anugerah dan Piala Pusingan. Anugerah tersebut terdiri daripada Kategori Perajurit Muda Lelaki Keseluruhan Terbaik, Ketenteraan Lelaki Terbaik, Kawad Lelaki Terbaik, Akademi Lelaki Terbaik, Jasmani Lelaki Terbaik, Perajurit Muda Wanita Keseluruhan Terbaik, Ketenteraan Wanita Terbaik, Kawad Wanita Terbaik, Akademi Wanita Terbaik dan Jasmani Wanita Terbaik sebagai pengiktirafan di atas pencapaian serta kecemerlangan yang dipamerkan sepanjang latihan.
 
Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 197/23 menyaksikan Perajurit Muda Faddry Izhan bin Norhan muncul sebagai Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik manakala Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik Wanita Siri 48/23 disandang oleh Perajurit Muda Nur Faraain binti Mat.
 
Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa mengalu-alukan penyertaan anak muda Malaysia dalam TDM tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang taraf pendidikan untuk menabur bakti dalam profession ketenteraan ini dengan syarat minima kelayakan SPM yang lulus berkredit dalam mata pelajaran teras.
 
Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan, Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Marzuki bin Hj Mukhtar dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.