KUALA LUMPUR, 13 September 2023 - Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Bin Tengku Ibrahim telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah Markas Tentera Darat (MK TD) di Bilik Mesyuarat Cawangan Sumber Manusia, MK TD hari ini.
Acara dimulakan dengan Serah Terima Tugas Assisten Panglima Pasukan Simpanan di antara Mejar Jeneral Datuk Hamdan bin Haji Ismail dan Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman bin A Wahab. Mejar Jeneral Datuk Hamdan seterusnya menyerahkan tugas sebagai Pengerusi Rejimen Sempadan kepada Mejar Jeneral Azhan bin Haji Md Othman.
Seterusnya majlis diikuti dengan Serah Terima Tugas Pengerusi Kor Ordnans Diraja di antara Mejar Jeneral Dato’ Haji Rusni bin Saad dan Brigedier Jeneral Haji Suhaimi bin Mat Isa.
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) mengucapkan tahniah kepada barisan pegawai kanan yang telah diberikan mandat dan kepercayaan untuk memegang tampuk kepimpinan baharu. Semoga dengan amanah yang dipertanggungjawabkan ini, organisasi TDM akan terus dimercu kecemerlangan pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Mejar Jeneral Datuk Hamdan bin Haji Ismail dan Mejar Jeneral Dato’ Haji Rusni bin Saad di atas segala sumbangan, jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.
Turut hadir menyaksikan adalah Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.
