WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PTD30RASMIKERJA
KUALA LUMPUR, 7 September 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan secara rasminya memulakan tugas sebagai Panglima Tentera Darat Ke-30 di Markas Tentera Darat (MK TD), Wisma Pertahanan hari ini.
 
Ketibaan PTD pada jam 8.00 pagi disambut barisan kepimpinan TD dan telah menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
 
Usai pemeriksaan KKU, PTD diiringi oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim turut berkesempatan bergambar bersama Ahli Sidang Tertinggi Panglima Tentera Darat dan Ketua-ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah Markas Tentera Darat di Foyer Wisma Pertahanan dan diikuti acara bacaan doa sempena memulakan tugas di pejabat beliau.
 
Hadir sama adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Hj Huzaimi bin Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Zaidan bin Atan, Panglima-Panglima Formasi, Pegawai Kanan Staf MK TD dan Pegawai Kanan Tentera Darat.