WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MAKANMALAMPTD29
 
KUALA LUMPUR, 5 September 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29 Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi telah diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Penghargaan PTD Ke-29 di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM.
 
Majlis anjuran Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat ini diadakan sebagai tanda menghargai Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-22.
 
Turut hadir ke majlis adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizzudeain bin Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Zaidan bin Atan, Panglima-Panglima Formasi, Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat dan warga TD.