WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
ExAus2023
ADELAIDE, AUSTRALIA, 1 Sep 23 - Eksesais SOUTHERN TIGER 2023 di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Australian Army membuka tirai pada hari ini. Acara perasmian ini turut dihadiri oleh Deputy Commander of 9 Brigade Australian Army, Col Tim Orders bersama kedua-dua delegasi Tentera Darat negara masing-masing. TDM diwakili oleh Lt Kol Mohd Nazri bin Mohd Husin, Pegawai Memerintah Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (Mekanize) manakala Tentera Darat Australia diwakili oleh Lt Col Levon Lambert, Commanding Officer, 7 Royal Australian Regiment (RAR).
 
Upacara perasmian diadakan di perkarangan Markas Batalion, 7 RAR. Kehadiran peserta eksesais daripada TDM disambut meriah oleh warga 7 RAR kerana pada masa yang sama, turut diadakan Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan 7 RAR. Majlis turut disertakan dengan ucapan aluan daripada Deputy Commander, 9 Brigade Austalian Army. Di dalam ucapan tersebut, beliau mengalu-alukan kehadiran delegasi ke Adelaide, Australia serta mengharapkan eksesais ini dapat berjalan lancar dengan jayanya.
 
Majlis turut diserikan lagi dengan ucapan balas daripada Ketua Delegasi Malaysia Lt Kol Mohd Nazri bin Mohd Husin, Pegawai Memerintah Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (Mekanize). Antara intipati ucapan yang disampaikan adalah agar Peserta TDM dapat melaksanakan eksesais sebagaimana objektif yang digariskan. Ketua Delegasi juga memberi peringatan kepada anggota-anggota yang terlibat untuk melaksanakan eksesais ini dengan baik dan menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan untuk dipraktikkan apabila kembali ke pasukan kelak. Pegawai Memerintah juga berharap eksesais ini berjaya mencapai segala objektif yang telah ditetapkan serta selaras dengan kehendak dan hasrat pemerintah atasan.