WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MERDEKA66
 
PUTRAJAYA, 31 OGOS 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’In Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al- Mutawakkil Allallah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan bercemar duli menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya hari ini.
 
Ketibaan YDP Agong disambut Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dan seterusnya memeriksa Kawalan Kehormat Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada empat Pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai Mejar Adibadiueshah bin Ahmad.
 
Sambutan Hari Kebangsaan ke 66 kali ini melibatkan seramai 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.Penglibatan Tentera Darat Malaysia (TDM) tahun ini merangkumi perarakan anggota dan aset pasukan khas, kontinjen hybrid yang terdiri daripada Elemen Tempur, Bantuan Tempur, Bantuan Khidmat dan Kontinjen Gabungan Wanita ATM.
 
TDM melalui Tim Akrobatik Army Red Warrior turut menjadi perhatian apabila mempersembahkan akrobatik dan aksi lompatan motorsikal yang mendebarkan. Istimewa untuk sambutan kali ini adalah aksi lompatan motosikal melintasi 66 motosikal berkuasa tinggi oleh SSjn Saidatul Husna bt Kamaruddin yang juga merupakan pemegang The Malaysia Book Of Record sebagai pelompat pertama wanita yang berjaya mencipta rekod aksi lompatan motorsikal melepasi 6 buah kereta.
 
Turut hadir adalah Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato' Seri Affendi bin Hj Buang TUDM, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizzudeain bin Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim. Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zaidan bin Atan.