WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTD23THAI2
 
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Thailand pada 23 hingga 26 Ogos 23.
 
Sesi lawatan ini dimulakan dengan Kunjungan Hormat PTD kepada Permanent Secretary for Defence, General Sanitchanog Sangkachantra di Ministry of Defense Thailand kemudian di teruskan dengan Kunjungan Hormat kepada Panglima Tentera Darat Diraja Thailand, Jeneral Narongphan Jitkaewthae di Royal Thai Army Headquarters.
 
Lawatan ini bertujuan mengukuhkan lagi hubungan antara negara serantau demi menjamin kestabilan serantau bertepatan dengan Teras 4 Perintah Ulung PTD Ke-29 Pengukuhan Hubungan Antarabangsa.
 
Turut mengiringi PTD ke sesi lawatan ini adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan, Mejar Jeneral Malek Razak bin Sulaiman.