WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2023 -Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Perbarisan Penghargaan Brigedier Jeneral Inderjit Singh a/l Bachan Singh bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Kem Genting Klang hari ini.
 
Kontijen perbarisan ini melibatkan seramai 15 pegawai dan 173 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Roslan bin Ali dari 48 Cawangan Siasatan Jenayah (CSJ). Perbarisan ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Brigedier Jeneral Inderjit Singh a/l Bachan Singh di atas segala jasa, bakti, sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat dalam KPTD khususnya dan Tentera Darat amnya.
 
Seluruh Warga TDM mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Brigedier Jeneral Inderjit Singh a/l Bachan Singh.
 
Turut hadir ke perbarisan ini adalah Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Anuar bin Abdul Wahab dan Pengerusi Kor Polis Tentera Diraja, Brigedier Jeneral Abdul Wahab bin Geoh, Pegawai – pegawai Kanan TDM dan Pegawai-pegawai serta anggota-anggota KPTD.
PERBARISANPEGKANAN2023