WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2023 - Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi telah diraikan dalam Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih bertempat di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.
 
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan oleh seluruh ahli BAKAT Darat kepada Pengerusi Jemaah BAKAT Darat bagi menghargai jasa bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan selaku Pengerusi Jemaah BAKAT Darat yang komited dalam menjayakan misi dan visi BAKAT.
 
Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Datin Hartiah binti Hamzah, Naib Pengerusi 1 Jemaah BAKAT Darat, Datin Haslinda binti Mohd Ali dan Naib Pengerusi 2 Jemaah BAKAT Darat, Datin Erni Irawati binti Rosli serta ahli-ahli BAKAT Darat.
 
BAKAT2023