WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
MELAKA, 19 Ogos - Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah telah menyempurnakan Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/1/2023 bertempat di Betutu Laut, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, hari ini.
 
Seramai 19 pegawai dan 59 anggota daripada 276 orang anggota tentera berjaya dalam Kursus Asas Komando pada kali ini, membuktikan kecekalan mereka yang layak disarungkan beret hijau kebanggaan Gerup Gerak Khas.
 
Turut dinobatkan sebagai penuntut terbaik adalah Leftenan Muda Mohd Saiful Al-Fikri Rosli dari Batalion Ke-13 RAMD selepas melalui cabaran asas komando selama 12 minggu.
 
Penutup kepada acara, turut diadakan demonstrasi serangan pantai oleh penuntut yang berjaya menamatkan kursus sebelum perbarisan pemakaian beret hijau, lanyard biru serta pisau komando.
 
KURSUSKDO20231