WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KEMMP2023 1
PUSAT LATIHAN KOR POLIS TENTERA DIRAJA DAN ARMY RED WARRIOR BAKAL BERPINDAH KE MUKIM SI RUSA, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
 
PORT DICKSON, 27 Jul 23 – Majlis Pecah Tanah Kem dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) bagi Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) dan Army Red Warrior (ARW) telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, dengan diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Hafizuddeain bin Jantan di Mukim Si Rusa, Port Dickson Negeri Sembilan.
 
Menelan belanja sebanyak RM232.9 Juta, projek pecah tanah ini dilihat sebagai satu kompleks pembangunan yang lengkap, moden dan selesa.
 
Manfaatnya, PULAPOT dan Tim ARW akan menerima pembinaan baharu melibatkan Pejabat Markas, Wisma Perwira, Wisma Bintara, Dewan Serbaguna, Kemudahan Bilik Latihan, Kemudahan Bilik Penginapan, Padang Kawad, Sirkuit Menempuh Halangan, lapang sasar pistol dan lain-lain lagi kemudahan yang akan memberi manfaat kepada Warga TD amnya dan Warga PULAPOT serta ARW khasnya.
Projek ini juga akan turut memberikan manfaat kepada anggota tentera bersama keluarga yang bakal bertugas di PULAPOT dan ARW.
 
Sebanyak 213 unit RKAT khas bakal disediakan kepada anggota tentera melibatkan pelbagai kelas dengan kemudahan yang lengkap seperti Kompleks Komuniti, Surau, Sekolah Rendah Agama, Tadika, Taska, Rumah BAKAT dan gelanggang sukan.
 
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Dr. Shahrazat binti Haji Ahmad serta Pegawai – pegawai Kanan TDM.