WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
UKMTD2023
Terendak, 21 Jul 23 - Pembukaan Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) Tahun 2023 secara rasminya telah disempurnakan oleh Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Timbalan Panglima Tentera Darat bertempat di Lapang Sasar 400m, Kem Terendak Melaka pagi tadi.
 
UKM TD ini merupakan acara pertandingan menembak dwi tahunan yang melibatkan formasi-formasi dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) yang bermatlamat untuk menilai kemampuan dan tahap kemahiran anggota TDM dalam aspek pengendalian senjata secara individu dan berkumpulan.
 
Acara ini juga adalah platform terbaik untuk menilai kemahiran dan kecekapan warga TD hasil dari latihan yang dijalankan sama ada di peringkat pasukan mahupun formasi. Secara dasarnya, acara ini merupakan platform terbaik dalam menentukan core competency anggota Tentera berada dalam tahap yang terbaik.
 
Selain itu, acara ini juga merupakan medan terbaik untuk TDM melahirkan jaguh-jaguh menembak yang bakal membawa cabaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili TDM dalam pertandingan ASEAN Armies Rifle Meet (AARM).
 
UKM TD 2023 melibatkan penyertaan dari 11 formasi dalam TDM bertempur dalam pelbagai acara menembak seperti Raifal Lelaki dan Wanita, Pistol Lelaki dan Wanita, Lorong Hutan, MGKA, MGR, Serangan Seksyen, Jatuh Piring, Acara Pegawai Kanan dan Acara Pegawai Muda yang dilaksanakan di Lapang Sasar Kem Terendak, Melaka dan Lapang Sasar Kem Syed Sirajudin, Negeri Sembilan.
 
Pertandingan tahun ini bakal menyaksikan seramai 143 pegawai dan 572 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) akan berentap dalam merebut juara pertandingan tersebut yang akan bermula pada 21 hingga 30 Jul 2023.
 
Hadir sama ke acara adalah Mejar Jeneral Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima 10 Briged (Para) selaku penganjur UKMTD 23, Mejar Jeneral Dato’ Rashidin Hashimi bin Ab Rashid, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Anuar bin Abdul Wahab, Panglima 4 Divisyen, serta Pegawai-pegawai Kanan TDM.
 
UKMTD2023 1