WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
DEMOLKT2023
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tenku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah telah bercemar duli berangkat menyaksikan Demonstrasi Akhir Eksesais JUNGLE FALCON Siri 1/2023 di Felda Sungai Panching Selatan, Kuantan hari ini.
 
Eksesais yang julung kali diadakan di Malaysia ini melibatkan atur gerak anggota infantri bersama aset-aset Kenderaan Berperisai Tempur Adnan, Gempita dan Kereta Kebal Pendekar yang diketuai oleh Panglima 4 Briged (Mekanize), Brigedier Jeneral Mohamad Rafi bin Mohd bersama 50 pegawai dan 536 anggota kumpulan 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) serta 19 pegawai dan 116 anggota 61 Infantri Batalion UAELF di sekitar Kuantan, Pahang bermula dari 4 Julai 2023 yang lalu.
 
Eksesais Bilateral ini adalah merupakan satu kejayaan Tentera Darat Malaysia dalam merealisasikan persefahaman ketenteraan di antara pucuk pimpinan TDM bersama United Arab Emirates Land Forces (UAELF) yang telah dipersetujui di Abu Dhabi, pada 31 Oktober 2022 yang lepas.
 
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong turut berkenan bertitah dan berjumpa dengan pelaku eksesais kedua-dua angkatan sejurus tamat acara demonstrasi serangan akhir. Tuanku dalam titahnya melahirkan rasa amat bangga melihat keupayaan kedua-dua angkatan mempamerkan interoperability yang mantap dan membuktikan hasil perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang eksesais ini dijalankan berjaya mencapai objektif yang dikehendakkan.
 
Hadir sama menyaksikan acara adalah Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Chief of Staff UAE Armed Forces Staff, Lieutenant General Eisa Saif bin AlMazrouei, Duta Besar UAE di Malaysia. H.E. Khalid Ghanim AlGhaith, Komander UAELF, Mejar Jeneral Saeed Rashid Al Shehhi, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Medan Barat TD, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim serta delegasi dari UAELF.
 
DEMOLKT2023 2