WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KUANTAN, 6 Jul 23 – Majlis Pembukaan Eksesais Jungle Falcon Siri 1 / 2023 telah dirasmikan oleh Panglima 4 Briged Mekanize, Brigedier Jeneral Mohd Rafi bin Muhammad di Padang Kawad Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize hari ini.
 
Eksesais bilateral yang julung kalinya diadakan melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan United Arab Emirates Land Force (UAELF) ini bermatlamat untuk mempertingkatkan keupayaan serta daya saling operasi kedua-dua pihak selain meningkatkan kompetensi trup dan keupayaan anggota.
 
Malah, eksesais ini turut memberi peluang kepada kedua-dua angkatan mempelajari pengalaman dan kemahiran yang baharu selain dapat berkongsi ilmu dan bertukar pandangan.
 
Konsep eksesais ini melibatkan peperangan konvesional terutamanya dari segi operasi mekanize di mana anggota UAELF dapat merasai sendiri pengalaman beroperasi di dalam suasana iklim dan muka bumi Malaysia yang berbeza.
 
Pelaksanaan eksesais bilateral antara TDM dan UAELF ini sejajar dengan Teras Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-29 iaitu Pengukuhan Hubungan Antarabangsa.
 
Turut hadir ke acara pembukaan ini adalah Deputy Commander of Thoban Combat Traning Center, United Arab Emirates Land Forces, Colonel Mohammed Saeed Al Mazrou’i dan pegawai kanan TDM yang lain.