WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PENDIDIKANATM2023 2
KUALA LUMPUR, 4 Julai 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Bin Ab Rahman telah menghadiri Majlis Pelancaran Karnival Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Penyampaian Dermasiswa Premium dan Sumbangan Komputer Riba bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini.
 
Majlis Pelancaran Karnival Pendidikan ATM ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dengan membawa tema “Membangun Warga Kerja Pertahanan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan”. Karnival pendidikan ini bermula pada 4 hingga 6 Julai 2023 dan melibatkan pameran pendidikan yang terdiri daripada institusi pengajian tinggi, kaunseling ATM, perpustakaan dan taklimat pengajian tinggi.
 
Selain itu, bantuan Dermasiswa Premium berjumlah RM5,000 disampaikan kepada 28 orang anak-anak ATM dan veteran ATM yang melanjutkan pelajaran ke 100 universiti terbaik dunia. Turut disampaikan adalah 64 buah komputer riba kepada anak ATM dan veteran ATM manakala 200 buah komputer riba diperuntukkan bagi anak ATM dan anak Veteran ATM yang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam.
 
Turut Hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) memangku Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Shahrazat binti Haji Ahmad, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Pengerusi LTAT merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Bersara), Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr Mohd Nizar bin Hj Sudin dan ibu bapa serta penerima-penerima sumbangan.