WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BOLAJARINGTD2023 2
KUALA LUMPUR, 12 Jun 2023 – Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Haji Mokhtar telah merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Jaring Antara Kor/Rejimen Tentera Darat Tahun Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Wardieburn, Kem Wardieburn hari ini.
 
Kejohanan Bola Jaring Antara Kor/Rejimen Tentera Darat Tahun 2023 yang telah diadakan sejak 6 Jun 2023 yang lalu, menyaksikan perlawanan di antara 9 Kor dan Rejimen Tentera Darat Malaysia (TDM).
 
Kor Risik Diraja (KRD) yang juga merupakan juara bertahan sejak tahun lalu telah meneruskan kecemerlangan dengan mempertahankankan gelaran juara pada tahun ini mengalahkan Kor Ordnans Diraja (KOD) dengan bilangan mata 40 berbalas 31 pada perlawanan akhir hari ini.
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia mengucapkan Tahniah kepada KRD kerana berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Bola Jaring Antara Kor/Rejimen pada tahun ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk mewakili pasukan bola jaring TDM dalam Kejohanan Bola Jaring Antara Perkhidmatan pada 7 hingga 11 Ogos nanti.