WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PANJIAGONG2023
 
PUTRAJAYA, 10 Jun 2023 - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan serta kepimpinan tertinggi TD bersama isteri telah hadir ke Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Precint 1, Putrajaya hari ini.
 
Istiadat penuh rejimental ini melibatkan seramai 131 Pegawai dan 1,087 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) secara keseluruhannya. Pegawai Memerintah Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Leftenan Kolonel Mohd Azamri bin Abdullah mengetuai perbarisan yang berkekuatan 57 Pegawai dan 862 Anggota LLP terdiri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.
 
Antara tetamu kenamaan negara yang hadir adalah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan isteri, YABhg Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dan Isteri Datin Sri Hajah Ruziah binti Mohd Tahir dan Menteri Pertahanan, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah binti Tengku Nujumudin.
 
Manakala, kepimpinan ATM yang turut hadir adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan barisan kepimpinan tertinggi ATM.