WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
LIMAPENUTUP2023
LANGKAWI, 27 Mei 2023 - Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menghadiri Majlis Penutup LIMA'23 yang telah disempurnakan bersama oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke Siew Fook. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir menyaksikan acara hari ini.
 
Setelah lima hari penganjurannya, LIMA'23 berjaya merakamkan sejarah sebagai sebuah pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia Tenggara dengan mencatatkan sejumlah 250,000 pengunjung awam dalam masa 2 hari terakhir pameran ini diadakan.
 
Penganjuran edisi ke 16 ini telah menyaksikan 43 perjanjian bernilai RM 10.128 billion ditandatangani bagi sektor pertahanan dan RM 7.5 billion bagi sektor komersial.
 
Turut hadir ke acara adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan Panglima-Panglima Perkhidmatan.