WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PERAK, 18 MEI 2023 - Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berjaya meraih gelaran juara dalam Kejohanan Hoki Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2023 pada hari ini.
Kejohanan yang telah berlangsung sejak 14 Mei 2023 ini diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak. Tiga kategori utama telah dipertandingkan iaitu Kategori Wanita, Kategori Lelaki dan Kategori Pegawai.
 
Pada 17 Mei 2023, TDM telah berjaya menewaskan TLDM dalam perlawanan akhir Kategori Wanita dan Pegawai manakala pada 18 Mei 2023 TDM sekali lagi berjaya menumpaskan TLDM dałam perlawanan akhir Kategori Lelaki. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Inspektor Jeneral ATM (IJ ATM), Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Abd Halim bin Haji Shaari.
 
Seluruh warga TDM mengucapkan syabas dań tahniah kepada pasukan hoki TDM yang telah berjaya mengharumkan nama TDM dalam kejohanan ini.