
KUALA LUMPUR, 13 Mei 2023 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah mengiringi Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Pertahanan bagi menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani Tentera Darat Tahun 2023 yang diadakan dengan penuh kemeriahan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi hari ini.
Majlis ini telah diadakan secara berperingkat bermula dari jam 2 petang dan telah dihadiri oleh lebih 5000 warga Tentera Darat Malaysia dan keluarga dari seluruh Malaysia.
Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan isteri, Datin Haslinda binti Mohd Ali mewakili PTD turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada asnaf serta anak-anak tahfiz dari Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM).
Turut hadir adalah Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajjah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima - panglima formasi, Para Pegawai Kanan, para pegawai, anggota dan ahli keluarga warga Tentera Darat Malaysia.