WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
1RAMDRAJACHARLES32
LONDON, 6 Mei 2023 – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah diberi penghormatan dan dijemput untuk menyertai pasukan negara-negara Komanwel dalam perbarisan sempena Istiadat Pertabalan Raja Charles Ill telah diadakan di Westminster Abbey, London.
 
Pertabalan penuh istiadat dikendalikan Uskup Agung Canterbury, Justin Welby serta disaksikan jutaan masyarakat dunia adalah pertabalan pertama Britain sejak 70 tahun lalu dan diadakan selepas lapan bulan kemangkatan Ratu Elizabeth II.
 
Kontinjen TDM yang diwakili oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada 2 Pegawai dan 10 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dengan diketuai Mejar Nurul Fauzan bin Md Sabri.
 
Mereka yang turut mewakili Malaysia ini telah berada di UK sejak 27 April lalu, dan telah memulakan latihan pada 28 April hingga 4 Mei 2023 bersama wakil negara Komanwel yang lain.
 
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj turut berkenan bercemar duli berangkat ke London bagi menghadiri upacara pertabalan ini yang telah disempurnakan pada 6 Mei 2023.