
Kunjungan Hormat ini adalah sebagai sesi pengenalan di antara PTD dan Deputy Commanding USARPAC selain membincangkan aktiviti bilateral di antara Tentera Darat Malaysia dan USARPAC.
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan Assisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Malek Razak bin Sulaiman.