WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PTD29BeretMerunMELAKA, 17 April 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri, Datin Seri Ramlah binti Dawi selaku Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat telah hadir ke Perbarisan Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged (PARA) di Padang Kawad Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Terendak, Melaka.
 
Ketibaan PTD telah disambut oleh Panglima 10 Bgd (PARA) Brigedier Jeneral Khairul Azmizal bin Ahmad Natal dan isteri, Puan Rozita Waty binti Ridzuan serta diberi penghormatan dengan mengambil tabik hormat dan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU).
 
Acara dimulakan dengan pemakaian pangkat kepada Panglima 10 Bgd (PARA), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal bin Ahmad Natal dari Brigedier Jeneral ke Mejar Jeneral.
 
Turut diadakan Upacara Pemakaian Beret Merun dan Penganugerahan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Bgd (PARA) kepada PTD serta diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan menandatangani Buku Lawatan sebagai penghargaan Lawatan Ulung PTD.
 
Turut hadir adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeian bin Jantan dan isteri, Datin Hartiah binti Hamzah, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Rashidin Hashimi bin Abd Rashid dan isteri, Datin Zuraida binti Mohayedi dan Pemerintah dibawah naungan 10 Bgd (PARA).