
KUALA LUMPUR, 12 April 2023 – Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD) dengan kerjasama Hal Ehwal Wanita Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Wanita Tentera Darat (TD) bertempat di Surau An-Nur, Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Setia Wira hari ini.
Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi JKHEWTD, Kolonel Suhaila binti Dahalan dan melibatkan seramai 130 orang Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) wanita TD dari semua kor dan rejimen.
Majlis tadarus ini dilaksanakan secara berkumpulan dan khatam beramai-ramai. Objektif utama majlis ini diadakan adalah bagi memupuk kecintaan dan minat terhadap Al-Quran terutama dalam bulan Ramadan ini.