WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTD29KEMMUARA 2
SARAWAK, 3 April 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah mengadakan Lawatan Ulung ke Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) di Kem Muara Tuang hari ini.
 
Ketibaan PTD disambut oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad dan disusuli dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.
 
Dalam lawatan ini PTD telah diberikan taklimat operasi, tadbir dan logistik PMTTD. Sesi lawatan disusuli acara menandatangani Buku Lawatan dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai penghargaan Lawatan Ulung PTD Ke-29.
 
Turut hadir adalah Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Hassan bin Embong, Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman bin A Wahab, Panglima-Panglima Formasi dan Para Pegawai Kanan Tentera Darat PMTTD.
 
Foto: Sel Operasi Media PMTTD