
SUNGAI BESI, 30 Mac 2023 – Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri, Datin Seri Ramlah binti Dawi telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Tentera Darat Tahun 2023M/1444H bertempat di Masjid Thoriq bin Ziyad, Kem Perdana Sungai Besi hari ini.
Majlis diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawikh berjemaah. Diakhir majlis turut diadakan moreh bagi meraikan para tetamu yang hadir. Dalam majlis yang sama PTD turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 5 orang penerima yang terdiri daripada anggota serta ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik, penyampaian Ihya’ Ramadan kepada formasi, sumbangan kepada saudara baru, sumbangan kepada 10 orang penerima yang memerlukan dan sumbangan kepada penuntut Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM).
Seramai 1,000 orang warga Tentera Darat Malaysia yang terdiri daripada pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) telah hadir ke majlis ini. Turut hadir adalah Pemangku Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad.