WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
SelamatDatangPTD29 2
KUALA LUMPUR, 23 Mac 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman secara rasminya memulakan tugas sebagai Panglima Tentera Darat Ke-29 hari ini.
 
Ketibaan PTD telah disambut oleh warga Markas Tentera Darat (MK TD) bertempat di Wisma Pertahanan dan disusuli dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sebagai tanda penghormatan pada hari pertama beliau menjalankan tugas sebagai PTD Ke-29.
 
Ketibaan PTD di MK TD disambut oleh Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi selaku Pemangku Timbalan Panglima Tentera Darat, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Panglima-Panglima Formasi, Pegawai Kanan Staf MK TD dan Pegawai Kanan Tentera Darat.
 
Turut hadir adalah Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Dato' (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh.