WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PERBARISANPTD28 2
 
KUALA LUMPUR, 21 Mac 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain dan isteri, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Haji Mustapha selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat telah diberi penghormatan yang gemilang oleh warga Tentera Darat dalam Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi.
 
Perbarisan yang berkonsepkan Perbarisan Istiadat, melibatkan 12 Detasmen Gabungan iaitu Elemen Tempur, Bantuan Tempur, Bantuan Khidmat dan Wanita Tentera Darat. Perbarisan ini melibatkan 43 pegawai dan 1,137 anggota Lain-Lain Pangkat telah diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Azmi bin Mohd Nor, Pegawai Memerintah Batalion Ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja adalah sebagai penghargaan dan penghormatan terakhir kepada Panglima Tentera Darat Ke-28 dan isteri yang akan mula bercuti pada 23 Mac 2023 sebelum menamatkan perkhidmatan pada 21 September 2023 setelah berkhidmat selama 43 tahun di dalam Angkatan Tentera Malaysia.
 
Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menjawat jawatan sebagai Panglima Tentera Darat Ke-28 bermula 11 Jun 2020 setelah mengambil alih tampuk pemerintahan Tentera Darat Malaysia daripada Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi (Bersara).
 
Banyak kejayaan dan pembaharuan telah dilakukan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain sepanjang beliau menerajui pemerintahan tertinggi Tentera Darat Malaysia. Beliau juga telah memperkenalkan konsep Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 yang menekankan 5 Tonggak dan 3 Prinsip utama sebagai garis panduan kepada pentadbiran dan pemerintahan seluruh ketumbukan Tentera Darat Malaysia.
 
Kehilangan sebutir permata yang bersinar ini pasti akan meninggalkan kesan kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia. Namun memetik kata-kata dari Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain sendiri, “pemimpin dan anggota akan sentiasa bersilih ganti, tetapi Tentera Darat Malaysia akan kekal relevan sampai bila-bila”.
 
Pelaksanaan perbarisan sebegini adalah bertepatan dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi” yang menekankan aspek memperkasakan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan warga Tentera Darat.