WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDDSAIPanglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim di Bangunan Dewan Persidangan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
 
Kunjungan Hormat ini adalah sempena persaraan beliau yang akan menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia tidak lama lagi.
 
Turut hadir mengiring PTD adalah Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Azhan bin Haji Md Othman.