
SINGAPURA, 14 Mac 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan Kunjungan Hormat Persaraan ke Singapura hari ini.
Siri Lawatan Kerja PTD dimulakan Kunjungan Hormat ke atas Chief of Defence Force Singapore, Lieutenant General Melvyn Ong Su Kiat, Chief Of Singapore Army, Major General David Neo dan kemudiannya Minister of Defence Singapore, Dr Ng Eng Hen sebagai tanda penghargaan kerana telah menjalinkan hubungan diplomatik pertahanan yang baik di antara Malaysia-Singapore.
Hubungan diplomatik ketenteraan yang melibatkan dua negara ini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu 'Pengukuhan Hubungan Pertahanan' melalui kerjasama pertahanan dengan negara-negara sahabat.