
Pada hari ini PUSASDA telah digegarkan dengan sorakkan lebih 100,000 pengunjung yang hadir bagi menyaksikan Persembahan Tatu TD yang terkenal dengan variasi pertunjukkan aksi-aksi kemahiran dan kepakaran Tentera Darat secara berkumpulan dan seragam oleh anggota-anggota Tentera Darat.
Persembahan ini turut memberikan debaran dan memukau para penonton dengan aksi-aksi yang dipamerkan termasuk menggunakan bahan-bahan letupan sebenar yang memberikan kejutan.
TD juga telah melakar sejarah melalui Army Red Warrior iaitu Tim Akrobatik Motosikal Tentera Darat yang terdiri daripada Kor Polis Tentera Darat (KPTD) telah mencipta rekod baru di dalam Malaysian Book of Record. Antaranya Most People Riding On A Motorcycle dan Longest Motorcycle Jump (Female) oleh Sarjan Saidatul Husna binti Kamaruddin.
Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg Dato' Sri Muez Bin Abd Aziz, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Timbalan Panglima Tentera Darat dan Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Para Pegawai Kanan Tentera Darat.
