WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
BANJIRPAHANG1
 
Atur gerak pertama melibatkan Trup 1 Skuadron A, 1 KAD, bagi membantu memindahkan seramai 148 mangsa banjir yang terdiri daripada pekerja ladang di Ladang Darateh ke Sekolah Kebangsaan Muadzam dengan menggunakan aset Tentera Darat yang terdiri daripada Assault Boat, Kenderaan 3 Ton dan 7 Ton.
 
Atur gerak kedua pula melibatkan Trup 2 Skuadron A, 1 KAD untuk pemindahan seramai 32 mangsa banjir di Kampung Setajam ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok.