WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
HUTTD90 2KUALA LUMPUR, 1 Mac 2023 - Tentera Darat Malaysia telah menginjak ke usia 90 tahun pada hari ini, 1 Mac 2023. Hari Tentera Darat yang disambut pada setiap tahun merupakan acara tahunan yang dianjurkan dengan matlamat mengukuhkan kesatuan warga Tentera Darat serta mengeratkan hubungan Tentera Darat dengan masyarakat. Sambutannya bertujuan mengenang kembali segala pengorbanan warga Tentera Darat terdahulu yang telah berjuang demi mengekalkan kedaulatan tanah air.
 
Sempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-90 pada tahun ini, tema yang sama seperti tahun lepas masih dikekalkan iaitu “Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin”. Tema ini membawa maksud bahawa aspek kebajikan dan keperluan warga Tentera Darat menjadi fokus utama demi kelansungan kesiagaan Tentera Darat dalam menjaga kedaulatan negara.
 
Berkonsepkan istiadat perbarisan yang penuh dengan rejimental dan tradisi ketenteraan melibatkan kesemua 16 kor dan rejimen dalam Tentera Darat Malaysia. Perbarisan ini terdiri daripada 58 orang pegawai dan 1,426 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Azamri bin Abdullah, Pegawai Memerintah Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), diiringi oleh gabungan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (PP RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Armor Diraja (KAD) dan Brass Band Wanita Rejimen Semboyan yang diketuai oleh Mejar (DOM) Azizan bin Yahya.
 
Istiadat perbarisan ini turut mengarak 7 panji-panji iaitu terdiri dari panji-panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Armor Diraja (KAD), Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD) dan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD).
 
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain turut berkesempatan menyampaikan beberapa anugerah iaitu Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera (AKPAT), Anugerah Pengurusan Inovasi Tentera Darat (APITD), Penganugerahan Pisau Tentera Darat, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pingat Kedaulatan Negara (PKN).
 
Turut hadir ke acara ini adalah Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Mantan-Mantan Panglima, barisan pegawai kanan serta warga Tentera Darat sekitar Lembah Klang.
 
“KESEJAHTERAAN KELUARGA TENTERA DARAT DIUTAMAKAN, KEDAULATAN NEGARA TERJAMIN”
 
GALERI GAMBAR DISINI
HUTTD90 1