KEDAH: Seramai 10 pegawai dan 68 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Skuadron Tinjau Udara, Rejimen 11 Gerak Khas (11 RGK) melaksanakan Latihan Kompetensi Skuadron Sierra Siri 1/23 di sekitar negeri Kedah dan Perlis mulai 16 hingga 24 Jan 2023.
Latihan ini dilaksanakan untuk mendukung hasrat Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) agar Trup Siap Sedia Panglima Tentera Darat (PTD) sentiasa mempertingkatkan tahap kesiagaan serta kemampuan sesuai dengan peranannya sebagai Tip of the Spear bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya.
Antara objektif yang ditetapkan bagi mendukung hasrat ini ialah menguji tahap kompetensi operator Skn Sierra dengan melaksanakan penerjunan High Altitude High Opening (HAHO) dan Special Reconnaisance dan Direct Action, menentukan kesiagaan Trup Siap Sedia PTD bagi tugas Green Role dan meningkatkan tahap interoperability dengan krew Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Kaedah pelaksanaan latihan adalah meliputi penyusupan masuk jauh ke belakang garisan musuh iaitu melalui Penerjunan HAHO menggunakan peralatan operasi, senjata dan sistem oksigen lengkap pada ketinggian 25,000 kaki dari aras laut.
Sebaik mendarat di Drop Zone, tim meneruskan aturgerak bagi Operasi Pengumpulan Maklumat melalui aplikasi TTP Ronda Gerak Khas serta pemerhatian dan tinjauan rapat di sasaran bernilai strategik.
Misi diakhiri dengan pelaksanaan Direct Action iaitu Raid membebaskan tawanan perang dan diikuti dengan penarikan keluar yang dirancang.
Pelaksanaan latihan ini seiring dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan.
Galeri Gambar Disini
