WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PENGHARGAANPTD23 1
NEGERI SEMBILAN, 20 Februari 2023 - Seramai 28 Pegawai dan 459 Anggota Lain-Lain Pangkat telah memberikan penghormatan kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain dan isteri, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Haji Mustapha selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat dalam Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat di Padang Kawad, Kem Segenting.
 
Perbarisan dimulakan dengan Kawalan Kehormat Utama dan diikuti dengan acara Perbarisan Tempur melibatkan 8 Detasmen yang terdiri daripada Kontijen dari Pusat-Pusat Latihan Tentera Darat. Perbarisan diketuai oleh Leftenan Kolonel Rashidane bin Radzi Rasalingam dari PALAPES Universiti Malaysia Sarawak dan diiringi Pancaragam Pusat Latihan Muzik Tentera Darat dan Pusat Latihan Asas Tentera Darat di bawah pimpinan Kapten Muhamad Akmal bin Ahman.
 
PENGHARGAANPTD23 4Panglima Tentera Darat dalam ucapannya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Panglima Latihan Tentera Darat dan warga Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) dalam menjayakan perbarisan sempena lawatan ini. Kesegakan perbarisan menjadi bukti akan kesungguhan dan keikhlasan warga PLDTD dalam melaksanakan penugasan masing-masing.
 
PLDTD adalah sebuah institusi yang cukup penting dalam Tentera Darat. Institusi inilah yang telah melahirkan para perjuang negara, dilatih, dididik, diasuh dan dibentuk untuk menjadi wira-wira negara yang sentiasa sedia berkorban apa sahaja demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.
 
Turut hadir menyaksikan perbarisan adalah Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato' Tengku Muhamad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Hamdan bin Haji Ismail, Pengarah Pengurusan Latihan, Brigedier Jeneral Dato' Abu Hassan bin Assha'ari bin Khamis@Shaffiee dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat serta warga PLDTD.
 
Pelaksanaan perbarisan sebegini adalah bertepatan dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi” yang menekankan aspek memperkasakan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan warga Tentera Darat Malaysia.
 
"MARUAH CEMERLANG"
 
 
PENGHARGAANPTD23 2
 
PENGHARGAANPTD23 3