WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTD21GGK2
JOHOR, 2 Februari 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain hadir bersama isteri, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Haji Mustapha selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat telah diraikan dengan penuh rejimental dalam Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat di Padang Kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas (MK 21 GGK), Kem Iskandar, Mersing.
 
Acara rejimental yang penuh istiadat ini dimulakan dengan Kawalan Kehormat Utama dan diikuti Perbarisan Penghargaan yang berkonsepkan Perbarisan Tempur, terdiri daripada 4 Detasmen iaitu Rejimen 11 Gerak Khas, Rejimen 22 Komando, Detasmen Gabungan 21 GGK dan Rejimen 21 Komando.
 
Perbarisan ini melibatkan 19 Pegawai dan 175 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Kolonel Samsyawal bin Muhamad dengan iringan Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja di bawah pimpinan Mejar (DOM) Zaiful Azman bin Zainol Abidin dan Leftenan Amirul Shafiq bin Abdul Aziz.
 
Panglima Tentera Darat dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga 21 GGK atas penganjuran acara yang cukup bermakna ini. Beliau merasa bangga menyaksikan kekemasan dan kesegakan perbarisan yang dipertontonkan.
 
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa 21 GGK yang dekat dihati beliau adalah sebuah pasukan elit yang berkebolehan tinggi dan terlatih untuk memusnahkan musuh. Ketumbukan ini sentiasa menjadi kebanggaan Tentera Darat serta dikagumi rakan dan digeruni lawan.
 
Turut hadir menyaksikan perbarisan adalah Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Mejar Jeneral Nubli bin Haji Hashim, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Azhan bin Haji Md Othman, Ketua Staf Am MK 21 GGK, Brigedier Jeneral Shuhaimi bin Mat Wajab dan Pegawai Memerintah dan Pemerintah di bawah naungan 21 GGK, Komandan PULPAK serta penjawat awam Kementerian Pertahanan di Kem Iskandar.
 
Pelaksanaan perbarisan sebegini adalah bertepatan dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi” yang menekankan aspek memperkasakan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan warga Tentera Darat Malaysia.
 
"CEPAT DAN CERGAS"