WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KUALA LUMPUR, 19 Januari 2023 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain turun padang menyaksikan Perlawanan Akhir Pertandingan Bola Sepak Piala Sultan Sallehuddin Tahun 2022 di antara Batalion Kesembilan Belas, Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize)(19 RAMD (Mek)) dan Batalion Ketujuh Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)(17 RAMD (Para)) bertempat di Padang Bola A, Mini Stadium KEMENTAH hari ini.
 
Perlawanan yang menyaksikan pertarungan sengit kedua-dua pasukan selama 90 minit telah memihak kepada pasukan 19 RAMD (Mek) dengan keputusan 1 – 0 apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-60, sekaligus dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Bola Sepak Piala Sultan Sallehuddin Tahun 2022 yang membawa pulang Medal dan wang tunai sebanyak RM3,000 serta Piala Pusingan Sultan Sallehuddin yang disampaikan oleh PTD diiringi Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia selaku Pengerusi RAMD, Mejar Jeneral Dato’ Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri.
 
Pasukan 17 RAMD (Para) selaku Naib Johan membawa pulang wang tunai RM2,000. Anugerah Penjaring Terbanyak pula membawa pulang Trofi Kasut Emas dan wang tunai RM200.00 jatuh kepada Koperal Mohamad Amir bin Ahmad dari 14 RAMD (Mek) dan Anugerah Pemain Terbaik membawa pulang Trofi Bola Emas dan wang tunai RM300.00 dinobatkan kepada Lans Koperal Mohd Shahrul Anuar bin Sulaiman dari 19 RAMD (Mek).
 
Tentera Darat Malaysia mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada para pemenang. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat kepada pasukan-pasukan lain untuk terus bersaing secara sihat bagi merebut Kejuaraan Piala Pusingan Sultan Sallehuddin pada masa akan datang.
 
Turut hadir menyaksikan adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad dan Ketua Staf Markas Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi.
 
Tongak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi” jelas diperkasakan dengan pengukuhan kesatuan melalui aktiviti sukan, sosial dan rejimental di peringkat Tentera Darat.