WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PangkatPW1TD2023
 
KUALA LUMPUR, 4 Januari 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran Satu Tentera Darat di Senior Rank Hall, Wisma Bintara Angkatan Tentera Malaysia hari ini.
 
Seramai 34 Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) berpangkat Pegawai Waran II (PW II) dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran I (PW I) daripada pelbagai Kor/Rejimen dalam Tentera Darat Malaysia (TDM).
 
PTD dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang telah dipakaikan pangkat ke dan mengingatkan tanggungjawab yang dipikul harus dijalankan dengan penuh amanah dan dedikasi di samping mengekalkan sikap integriti, jujur dan ikhlas dalam pelaksanaan tugas.
 
Penganjuran majlis seperti ini adalah bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28, “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang menekankan aspek memberi pengiktirafan di atas kecemerlangan khidmat bakti.
 
Turut hadir ke majlis adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Inspektor Jeneral Tentera Darat, Mejar Jeneral Sarman bin Bahrom, Asisten Ketua Staf Operasi Dan Latihan, Mejar Jeneral Malek Razak bin Sulaiman, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Azhan bin Haji Md Othman dan para pegawai kanan Tentera Darat Malaysia.
 
Seluruh warga TDM mengucapkan sekalung tahniah kepada PTTK yang dinaikkan pangkat. Semoga ianya menjadi pemangkin semangat dalam melaksanakan tanggungjawab seharian mempertahankan kedaulatan negara.