
KUALA LUMPUR, 3 Januari 2023 - Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Adly bin Zahari telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Markas Tentera Darat di Wisma Pertahanan hari ini.
Ketibaan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain dan diperkenalkan kepada barisan kepimpinan tertinggi Tentera Darat.
Acara diteruskan dengan sesi taklimat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan yang berkisarkan mengenai pengoperasian dan sistem tadbir urus Tentera Darat Malaysia.
Selain itu, lawatan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara barisan kepimpinan pertahanan dalam memastikan pentadbiran dan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan yang terbaik.
Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.
Lawatan ini bertepatan dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Keutuhan Organisasi” yang menekankan aspek pemantapan sistem tadbir urus secara telus dan teratur.