WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PerbarisanRS
 
Perbarisan ini menyaksikan 201 anggota LLP dari Briged Ke-31 Infantri Malaysia (31 Bgd) dinaikkan pangkat. Perbarisan yang terdiri daripada empat detasmen melibatkan seramai 15 orang Pegawai dan 201 anggota LLP diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS), Leftenan Kolonel Tajul Hisham bin Mamat.
 
Acara perbarisan ini merupakan kesinambungan daripada acara Pengisytiharan Pengukuhan Batalion Rejimen Sempadan (BRS) sebagai Batalion Infantri Standard (BIS) yang telah dilaksanakan pada 11 Ogos 2022 yang lalu di Markas Briged Ke-30 Infantri Malaysia (30 Bgd) Kem Bukit Cowder, Perlis.
 
Turut diadakan acara pengurniaan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 28 penerima yang terdiri daripada Perwira-Perwira dan Bintara-Bintara Tentera Darat Malaysia termasuk 5 penerima yang telah bersara dari perkhidmatan.
 
Turut hadir menyaksikan perbarisan ini adalah Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Hassan Embong, Asisten Panglima Pasukan Simpanan merangkap Pengerusi Rejimen Sempadan, Mejar Jeneral Datuk Hamdan bin Haji Ismail serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia.
 
Penganjuran perbarisan seperti ini adalah bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28, “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang menekankan aspek memberi pengiktirafan di atas kecemerlangan khidmat bakti.