
Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizzuddeain bin Jantan diiringi oleh Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div), Mejar Jeneral Dato’ Haji Ya’cob bin Haji Samiran dan Panglima Briged Ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd), Brigedier Jeneral Haji Fazal bin Haji Abdul Rahman turut turun ke lokasi tanah runtuh dan melawat ke Markas Taktikal 11 Briged di Batang Kali.
Lawatan ini untuk melihat sendiri kawasan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi 16 Disember 2022 yang lalu.
Tentera Darat siap sedia sebilang masa menghulurkan bantuan yang sewajarnya.
