WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PENUTUPPM195
 
NEGERI SEMBILAN : Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 195/2022 yang berlangsung di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson pada 10 Disember 2022.
 
Seramai 2417 Perajurit Muda Lelaki berjaya mengharungi Latihan Asas Ketenteraan di PUSASDA yang bermula sejak 10 Jun hingga 10 Disember 2022. Kesemua Perajurit Muda ini telah menjalani Latihan Asas Ketenteraan meliputi aspek pembinaan karakter, pengetahuan am ketenteraan, pengendalian senjata, latihan jasmani dan kemahiran perang. Selain itu, mereka turut diberikan pendedahan di dalam aspek pengukuhan kerohanian dan moral.
 
​Perbarisan pada kali ini menyaksikan seramai 5 Perajurit Muda menerima Anugerah dan Piala Pusingan. Anugerah tersebut terdiri daripada Kategori Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik, Ketenteraan Terbaik, Kawad Terbaik, Akademi Terbaik dan Jasmani Terbaik sebagai pengiktirafan di atas pencapaian serta kecemerlangan yang dipamerkan sepanjang latihan. Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 195/2022 menyaksikan Perajurit Muda Muhamad Fazdli Ilahi bin Yusoff muncul sebagai Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik.
 
Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa mengalu-alukan penyertaan anak muda Malaysia dalam TDM tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang taraf pendidikan untuk menabur bakti dalam profession ketenteraan ini dengan syarat minima kelayakan SPM yang lulus berkredit dalam mata pelajaran teras.
 
Turut hadir ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi.
 
GALERI GAMBAR DISINI